MENTERI Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz dilantik Pengerusi Manifesto Barisan Nasional (BN) Selangor.
Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata pelantikan itu yang berkuatkuasa bulan ini adalah bagi persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Menurut Noh, jawatan kuasa manifesto itu telah mula mengadakan mesyuarat yang turut disertai Tengku Zafrul.
“Pelantikan itu diputuskan parti komponen sebelum ini dan berkuat kuasa awal Ogos lalu.
“Tengku Zafrul sentiasa bekerjasama dengan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang mengetuai manifesto di peringkat BN Pusat,” katanya seperti dilapor Utusan Malaysia.
Beliau ditemui media selepas Majlis Perasmian Karnival Usahawan, Koperasi dan Pendidikan Parlimen Sabak Bernam di Dataran Usahawan di Sabak Bernam hari ini
Tambah Noh, perkara berkaitan manifesto itu akan diumumkan BN pada waktu bersesuaian. – Malaysiapost

