Cemuh PM boleh wujud perpecahan 

0
2

TINDAKAN segelintir hadirin mencemuh Perdana Menteri pada sesi Taklimat Presiden Umno pada Sabtu lalu, boleh menjurus kepada salah sangka dan perpecahan dalam kalangan kepimpinan dan ahli umno. 

Ketua Umno bahagian Bangi, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain berkata tindakan segelintir mereka yang melaungkan ‘boo’ kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sangat tidak wajar kerana Perdana Menteri adalah Naib Presiden Umno yang diberi kepercayaan oleh parti untuk menerajui kerajaan. 

Pada masa sama katanya, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) telah membuat ketetapan mencalonkan beliau sebagai ‘poster boy’ Perdana Menteri untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). 

“Sebaliknya pendekatan berhemah perlu dilaksanakan agar seluruh ahli dan kepimpinan kembali bersatu dengan memberi sokongan kepada Presiden parti dan Perdana Menteri. 

“Tahap kesiapsagaan dari aspek parti dan pentadbiran negara amat perlu bagi melestari kepimpinan dan mengembalikan keyakinan rakyat kepada Umno dan Barisan Nasional. 

“Kesusahan rakyat perlu di tangani segera sebagai agenda Kerajaan Keluarga Malaysia dan memulihkan ekonomi negara sebelum PRU dapat diadakan,” katanya menerusi kenyataan hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here