Umno umum berita penting malam ini

0
2

Najamuddin Mohd Nor

MAJLIS Kerja Tertinggi (MKT) Umno akan membuat keputusan penting malam ini berkait rapat dengan senario politik semasa yang melanda parti itu. 

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, MKT akan berbincang dan bermesyuarat malam ini bagi menentukan pendirian Umno berdasarkan sambutan akar umbi pada taklimat khas Presiden yang diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur,  hari ini. 

“Kami MKT yang ada di atas pentas ini akan bermesyuarat malam ini berdasarkan mandat dalam dewan pada petang ini,” kata Ahmad Zahid. 

Majlis Taklimat Khas itu diadakan hari ini sebagai tanda solidariti Umno kepada bekas Presiden Datuk Seri Najib Razak yang menjalani hukuman penjara 12 tahun sejak 23 Ogos lalu. 

Bagaimanapun, Ahmad Zahid tidak menjelaskan agenda mesyuarat tergempar MKT pada malam ini. 

Sementara itu, perwakilan yang hadir menjerit “boo” setiap kali nama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden Umno disebut.

Turut kedengaran laungan pecat Ismail Sabri di kalangan ahli Umno yang hadir. 

Tindakan spontan itu dipercayai sebagai tanda kecewa terhadap hukuman penjara yang dikenakan terhadap Najib.

Untuk rekod Perdana Menteri tidak hadir pada sesi taklimat hari ini. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here