PEMIMPIN Umno hari ini menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menukar Peguam Negara yang ada kini.
Ahli Majlis Kerja (MKT) Umno, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata ini kerana pelantikan Peguam Negara adalah atas
nasihat Perdana Menteri yang seharusnya melantik orang sehaluan dengannya.
Azalina berkata, sesiapa sahaja yang menjadi perdana menteri perlu melantik daripada “orang dia “untuk memudahkan urusan.
“Pelantikan Peguam Negara adalah atas nasihat PM dan PM harus melantik ‘orang dia’ sebagai peguam negara untuk mudahkan segala urusan.
“Jika kuasa penukarkan Peguam Negara di tangan PM, mengapa PM tidak menukarkan AG, malah ia adalah bidang kuasa PM.
“Saya nak tanya satu sahaja, takkan nak tukar AG pun tak boleh,” katanya ketika berucap pada sesi taklimat khas Presiden Umno, di ibu negara hari ini.
Perdana Menteri tidak hadir taklimat khas yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) kerana berada di Bera, Pahang.- Malaysiapost

