Umno jadi ‘hodoh’ bila tiada lagi setiakawan – Puad

0
2

UMNO boleh bertukar menjadi ‘hodoh’ apabila tiada lagi semangat setiakawan sehingga keputusan secara jemaah diabaikan, kata Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Tanpa merujuk kepada mana-mana inidividu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno (MKT) itu berkata, lebih memburukkan keadaan apabila ada pihak bersikap ‘depan cakap lain, belakang buat lain’.

“Ada yang kata mengkritik Umno secara terbuka menghodohkan Umno?Sebenarnya Umno jadi hodoh bila tidak ada lagi setiakawan.

“Keputusan jamaah diabaikan. Depan cakap lain, belakang buat lain,” katanya dalam hantaran ringkas di Facebook hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit itu secara sinis berkata, Umno akan bertambah hodoh jika masih memberi ‘talian hayat’ kepada musuh mengancam parti itu sendiri.

“Bertambah hodoh bila kita mengekalkan penguatkuasa yang dilantik oleh musuh. Membiarkan talibarut musuh ini menganiayai orang sendiri.

“Musuh berani buat apa sahaja. Tun M (Dr Mahathir Mohamad) ganti Peguam Negara serta merta. Akibatnya Malaysia hilang Pulau Batu Puteh selama lamanya. Siapa lantik Ketua Hakim sekarang?” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here