Exco Melaka mahu PM pertimbang buka semula siasatan kes pemimpin PH

0
1
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=279113874225015&set=pb.100063792127017.-2207520000..&type=3

SEORANG pemimpin Pemuda Umno mahu mahkamah membuka semula siasatan melibatkan pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang telah ditutup tanpa bicara ketika pentadbiran gabungan itu selama 22 bulan.

Naib Ketua Pemuda Umno Melaka, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata ia termasuk kes terowong di Pulau Pinang melibatkan bekas Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Kenyataan beliau hadir selepas Mahkamah Persekutuan semalam mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Kita hormati keputusan yang dibuat oleh mahkamah (Persekutuan).

“(Namun) Kita juga mahu mahkamah membuka semula kertas-kertas siasatan terowong Pulau Pinang juga yang telah ditutup tanpa bicara ketika zaman kerajaan PH.

“Rakyat juga mahu tahu tentang kebenaran isu terowong tersebut. Mohon Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk melihat permohonan ini,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah Melaka.

Beliau berkata demikian menerusi satu hantaran di Facebooknya. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook Dr Akmal

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here