Najib berjaya jadikan orang Melayu tak malu – Tun M

0
1
kombinasi

KEJAYAAN terbesar Datuk Seri Najib Razak adalah menjadikan orang Melayu daripada memandang rendah kepada orang yang mencuri kepada orang Melayu yang tak merasa malu jika mencuri, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu berkata, dahulu orang Melayu memandang rendah kepada orang yang mencuri dan malu jika ada ahli keluarga terlibat jenayah mencuri dan sebagainya.

Beliau berkata, namun sekarang orang Melayu tidak lagi berasa malu kerana Najib menanam pendapat bahawa apa nak malu jika ia mencuri.

“Dia boss. Boss boleh mencuri. Kalau boss tak malu kerana mencuri, orang Melayu pun tak perlu malu bila mencuri.

“Dan sekarang ini ramai orang tak tahu malu. Ada yang sampai cium tangan. Kenapa cium tangan. Boleh dapat duit. Boleh dapat jawatan. Apa nak malu,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Dr Mahathir berkata, tidak ada orang lain yang begitu berjaya menterbalikkan orang Melayu seperti Najib.

“Kalau tangan berbau najis, tak apa. Ada duit dalam najis. Terbongkok-bongkok lah nak cium tangan. Apa nak malu. Kalau tangan bersalut tahi tetapi ada duit, okaylah. Tak payah malu.

“Ramai sungguh yang tak malu. Terkenal sebagai perasuah, apa nak malu. Jadi pencuri tak apa, tak perlu malu.

“Inilah kejayaan Najib yang terbesar. Orang Melayu tak perlu malu,” katanya.

Menurutnya, ada pihak yang sanggup menyokong penjenayah untuk menjadi pemimpin semata-mata kerana ingin mengaut kekayaan tanpa berasa malau.

“Terima duit yang dicuri, tak malu. Minta duit free, tak malu. Tak bayar hutang tak malu. Pilih pencuri, perasuah, banduan sebagai Perdana Menteri, okay. Tak malu.

“Dunia ketawa negara Malaysia kerana tak malu dengan kelakuan yang memalu, tak malu,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here