Lelaki ditahan lakukan khianat di sebuah tokong

0
1

SEORANG lelaki ditahan selepas dipercayai melakukan perbuatan khianat terhadap sebuah tokong di Batu Itam, Mukim 4, Balik Pulau, Pulau Pinang lewat petang semalam.

Perbuatan lelaki berkenaan turut tular di laman Facebook melalui dua rakaman video berdurasi 47 saat dan 21 saat.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal, berkata pihaknya mengesan dua video yang dimuat naik pemilik akaun Facebook Long Yee, yang memaparkan perbuatan khianat di sebuah tokong.

“Kejadian berlaku pada jam 6.30 petang semalam di sebuah tokong di Batu Itam dan seorang suspek telah ditahan sejurus polis menerima maklumat mengenai kejadian.

“Suspek lelaki yang berusia 28 tahun dan tidak bekerja itu disyaki kurang siuman,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, lelaki berkenaan kini direman selama empat hari sehingga 24 Ogos ini untuk siasatan lanjut dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 295 dan 427 Kanun Keseksaan.

“Polis ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang akan menganggu siasatan polis,” katanya.

Terdahulu video tular berkenaan memaparkan seorang lelaki bertindak merosakkan beberapa barangan di sebuah tokong termasuk menterbalikkan meja serta kencing pada bahagian pintu tokong berkenaan.

Perbuatan lelaki berkenaan dirakam dan disaksikan beberpaa individu yang berada di tokong terbabit. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here