Kelemahan dasar kerajaan punca kejatuhan ringgit – Guan Eng

0
1

DASAR monetari proaktif semasa kerajaan untuk mengawal kemerosotan nilai ringgit Malaysia akan gagal dengan pembuatan dasar yang lemah, kata Lim Guan Eng.

Pengerusi DAP itu, berkata perkara itu diburukkan lagi dengan kekerapan perubahan dasar menangani peningkatan kos sara hidup atau inflasi, masalah kekurangan buruh yang teruk dan defisit kepercayaan terhadap kecekapan Menteri.

“Ringgit susut lebih rendah kepada RM4.48 kepada dolar Amerika Syarikat (AS) dan dijangka mencecah halangan psikologi RM4.50 tidak lama lagi.

“Bagaimanapun, ringgit bukan sahaja telah merosot berbanding dolar AS setakat tahun ini (YTD) sebanyak 7.5%.

“YTD ringgit telah merosot berbanding dolar Singapura sebanyak 4.2% dan rupiah Indonesia sebanyak 3.1%. Ringgit kekal hampir tidak berubah YTD berbanding Baht Thai (+0.2%) dan Yuan China (-0.2%),” katanya menerusi Facebook.

Guan Eng berkata, memandangkan semua negara itu adalah rakan dagangan utama negara Malaysia kini mencatat prestasi kemerosatan mata wang yang ketara.

“Jelas pelabur melihat Malaysia menunjukkan prestasi yang lebih teruk bukan sahaja berbanding Amerika Syarikat tetapi juga berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Singapura.

“Bagi kerajaan untuk memperkecilkan penurunan nilai ringgit kita sebagai kitaran disebabkan oleh kenaikan kadar faedah di Amerika Syarikat, perang di Ukraine atau perintah kawalan Covid-19 di China adalah seperti menafikan kenyataan untuk menutup kelemahan mereka dalam tadbir urus yang baik.

“Melainkan isu-isu ini ditangani, ringgit akan terus merosot tanpa mengira betapa proaktifnya dasar monetari kita,” katanya.

Terdahulu, Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan proaktif memastikan kestabilan ringgit dan pasaran kewangan.

Beliau berkata, kerajaan melalui Bank Negara Malaysia (BNM) memelihara kestabilan kewangan domestik melalui pelaksanaan dasar monetari berhemat, termasuk meminimumkan pendedahan hutang Kerajaan Persekutuan terhadap risiko turun naik pertukaran mata wang melalui penetapan had pinjaman luar negeri. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here