Isu pengkid berihram tidak jejas hubungan Malaysia, Arab Saudi

0
1

KERAJAAN tidak berdepan apa-apa masalah dengan kerajaan Arab Saudi berhubung isu ‘pengkid’ yang tular berihram di Tanah Suci baru-baru ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad.

Beliau berkata, setakat ini tidak wujud masalah hubungan dua hala berikutan ia berlaku di luar kawalan.

Katanya, setakat ini juga pihaknya masih belum mendapat maklumat tepat berkaitan gadis ‘pengkid’ berihram di Tanah Suci berikutan gadis itu tidak menggunakan khidmat agensi umrah tempatan.

“Buat masa ini saya tidak mendapat maklumat tepat kerana ada yang menyatakan dia sudah balik dan ada yang menyatakan dia masih berada di sana (Tanah Suci).

“Pihak kami juga tidak menghubungi keluarganya. Apapun kami akan semak status terkini `pengkid’ terbabit,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian dewan besar dan pecah tanah pondok Kitab Turath Al Rahmat di Solok Gaung, Bukit Lintang Melaka, hari ini.

Baru-baru ini, seorang pengguna media sosial berkongsi video berdurasi 17 saat memaparkan pengkid terbabit melakukan tawaf di depan Kaabah dalam Masjidil Haram di Mekah.

Tindakan itu dikecam nitizen berikutan gadis itu menipu status jantina ketika mengerjakan umrah selain bertindak berani mempermainkan hukum Allah SWT dan agama. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here