Skandal LCS jejaskan TLDM – Syed Saddiq

0
1

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, skandal projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) telah menjejaskan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Beliau berkata, projek berkenaan sepatutnya memberi kebaikan kepada kesiapsiagaan TLDM akhirnya menjadi sebaliknya. 

“Projek ini sepatutnya untuk kebaikan TLDM, akhirnya TLDM jugalah dijejaskan dan diparahkan,” katanya menerusi Facebook.

Menurut Syed Saddiq, TLDM ketika itu memohon untuk mendapatkan kapal kelas SIGMA namun ditukar kepada GOWIND. 

“Yang diminita kapal SIGMA, yang dapat kapal GOWIND. Yang Pelik bin Ajaibnya, yang akan guna kapal LCS TLDM bukan BNS (Boustead Naval Dockyard Sdn Bhd).

“Yang merisaukan lagi, bila ambil reka bentuk GOWIND, combat management system (CMS) SETIS datang dari syarikat DCNS. 

“Syarikat DCNS inilah yang terlibat dengan kes rasuah kapal selam Scorpene. Siapa dalang dalam kes tersebut? Bekas Presiden Umno (Najib),” katanya menerusi Facebook.

Malah, Syed Saddiq berkata, proses sebut harga daripada sub-kontraktor dari Perancis, DCNS juga melanggar proses tender antarabangsa.

“TLDM sudah berhempas pulas mahukan SIGMA yang ternyata dah dibuktikan masa itu di Indonesia dan Maghribi.

“GOWIND pula masih di tahap prototype masa tu. Teknologi yang disarankan oleh BNS pun akan obsolete (luput) dalam masa lima hingga 10 tahun,” katanya.

Syed Saddiq berkata, situasi itu dibimbangi akan menyebabkan teknologi LCS yang dimiliki TLDM nanti semakin ketinggalan memandangkan sehingga kini kapal berkenaan belum siap dibina.

“Ini kapal tak siap, makin luputlah jadinya. Tapi nak buat macam mana, MINDEF (Kementerian Pertahanan) saja yang ada kuasa untuk buat keputusan.

“Dan keputusan itu telah dibuat oleh Presiden Umno tanpa merujuk atau bincang dengan TLDM. Pelik, apa yang client mintak, lain pulak didapatnya,” 

“Saya jemput rakyat baca laporan baru yang telah di dinyahklasifikasikan oleh kerajaan,” katanya. 

Semalam, media melaporkan, surat daripada BNS pada 8 Julai 2010 kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi antara yang terkandung dalam laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) berhubung projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS).

Laporan itu mendedahkan di sudut kanan atas surat tersebut, tertera tulisan tangan Ahmad Zahid yang mencatat arahan ‘SUB’ (Setiausaha Bahagian) Perolehan, sila laksanakan.

Surat tersebut ditandatangani oleh Pengarah Urusan BNS ketika itu Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor yang juga bekas Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kepada Ahmad Zahid yang ketika itu menjawat jawatan Menteri Pertahanan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here