Sekolah diberi amaran tidak ‘sorok’ kes buli

0
2

PIHAK sekolah diberi amaran untuk tidak menyorokkan sebarang kes buli yang berlaku di sekolah, bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin, berkata ia penting bagi membolehkan pengurusan sekolah memahami masalah yang berlaku dan menyelesaikannya.

Beliau berkata, perbuatan buli bukan hanya berlaku di Malaysia malah di seluruh dunia memandangkan tidak ada sesiapa pun yang sempurna.

“Apabila bercakap mengenai kes buli, apabila kita bercakap mengenai mencuba dadah kita tahu bahawa ia berlaku dan sebab itu kalau kita nak selesaikan masalah.

“Pertama sekali kita kena tahu apa masalah. Kita tidak perlu berselindung. Kita tidak perlu nak sorokkan.

“Sebab itu ketika saya masuk kementerian, jika ada kes buli kita tak pernah sorokkan. Maka kita maklumkan pada pihak sekolah jangan ada sesiapa yang cuba sorokkan kes-kes ini,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan program Sekolahku SEJAHTERA: Sepakat dan Selamat dan Portal Aduan Buli di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya 14(1), hari ini.

Hadir sama merasmikan program berkenaan adalah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Radzi berkata, untuk menjadikan sesebuah sekolah itu selamat, ia memerlukan kerjasama semua pihak termasuk masyarakat setempat. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here