Amat malang mahkamah tak endah kemungkinan konflik kepentingan – Khaled 

0
1

ADALAH amat malang mahkamah memilih tidak mengendahkan kemungkinan berlaku konflik kepentingan melibatkan Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali berhubung kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd dihadapi Datuk Seri Najib Razak. 

Perkara itu dinyatakan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib untuk mengemukakan bukti tambahan atas alasan teknikal. 

“Tidak ada gambaran yang lebih tepat selain dari ungkapan yang dinyatakan oleh  Presiden Umno iaitu “keadilan bukan saja perlu dilakukan tetapi ia nampak dilakukan” dan seperti kata Timbalan Presiden pula “Justice Hurried is Justice Denied”. 

“Kepada Datuk Seri Najib harap tabah dan sabar hadapi dugaan ini dan doa kami semua semuga akhirnya keadilan untuk beliau tercapai,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini. 

Isnin lalu panel lima hakim Mahkamah Persekutuan menolak pasukan pembelaan Najib untuk memasukkan bukti tambahan dikatakan bukti baharu membabitkan kedudukan Mohd Nazlan dalam Kumpulan Maybank, sebelum rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International dihadapi bekas Presiden Umno itu. 

Panel dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat turut menolak permohonan Najib untuk menangguhkan prosiding akhir rayuannya antara tiga hingga empat bulan bagi membolehkan barisan peguam baharu yang dilantik itu bersedia dengan hujahan lebih baik. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here