
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 15 kematian baharu akibat Covid-19 semalam.
Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu adalah 36,117 kes sejak ia melanda negara.
Berdasarkan data dimuat naik di portal COVIDNOW, terdapat empat kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Sementara itu, sebanyak 3,516 kes jangkitan baharu Covid-19 direkodkan semalam, melibatkan tiga kes import.
Angka itu menunjukkan sedikit peningkatan berbanding 3,429 kelmarin, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sehingga kini adalah 4,706,914 kes.
Selain itu, seramai 40,034 individu atau 96 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan 41 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,534 kes pula dirawat di hospital dan 92 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) serta 49 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost
