18 pegawai, anggota PDRM kini bergelar sniper 

0
1

SERAMAI 18 pegawai kanan dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakar sejarah dalam kerjaya masing-masing apabila berjaya menamatkan Kursus Asas Sniper Unit Tindakhas (UTK) Siri 1 bagi Tahun 2022. 

PDRM dalam kenyataan berkata, kesemua yang berjaya telah membuktikan diri mereka layak selepas menjalani latihan penuh mencabar selama hampir sebulan. 

Katanya, kursus edisi kali ini turut disertai oleh dua Pegawai Rendah Polis dari E1 Cawangan Khas Bukit Aman. 

PDRM turut memaklumkan, Koperal Zainal Azam Zainol Abidin dari UTK dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pelatih Terbaik. 

“Penganugerahan sijil tamat kursus telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Deputi Inspektor Jeneral Polis (DIG) , Tan Sri Razarudin Husain di Langkawi International Shooting Range Malaysia,” kata PDRM menerusi Facebook rasmi miliknya. 

Hadir sama, Timbalan Pengarah Cawangan Khas E1, Bukit Aman, Datuk Samsudin Basir dan Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM (Pasukan Gerakan Am) Bukit Aman, Datuk Muhammad Abdul Halim. 

Selain itu, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Kedah,  Senior Asisten Komisioner Polis (SAC) Alzafny Ahmad, Komander UTK, SAC Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi dan Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Samsulmuddin Sulaiman. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook PDRM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here