Merdekakan negara daripada perasuah – Mat Sabu 

0
1
Mohamad Sabu

SEMPENA bulan kemerdekaan, Parti Amanah Negara mengajak rakyat membersihkan negara daripada perasuah. 

Presidennya, Mohamad Sabu turut meminta rakyat memerdekakan negara daripada penunggang agama dan pengkhianat politik. 

“Kita mesti menjadi warganegara yang bertanggungjawab dengan memerdekakan dan membersihkan negara dari perasuah, penunggang agama dan pengkhianat politik,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya. 

Terdahulu semalam beliau beramah mesra dan mengajak rakyat untuk menghayati erti kemerdekaan selepas solat asar di Masjid an-Naim di Jalan Kebun, Shah Alam. 

Ahli Parlimen Kota Raja itu juga mengedarkan bendera Malaysia kepada pengguna jalan raya bersama Exco Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here