Pelantikan Hishammuddin sebagai Bendahari Agung BN disambung  2 tahun 

0
1

MESYUARAT Agung Tahunan Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) mengesahkan  penyambungan pelantikan Bendahari Agung parti, Datuk Seri Hishamuddin Hussein bagi tempoh dua  tahun lagi.

Setiausaha Agung, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata pelantikan itu selaras dengan Perlembagaan Barisan Nasional, Fasal 8.3.E.

Selain itu, katanya, Mesyuarat Agung Dewan Tertinggi  hari ini turut memutuskan beberapa perkara.

“Pertama, mesyuarat dimaklumkan tentang persiapan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 di semua peringkat dan komponen Barisan Nasional. 

“Dewan Tertinggi juga berpuas hati dengan tahap kesiapsiagaan yang sedang dijalankan di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zambry berkata, Mesyuarat juga turut membincangkan permohonan beberapa buah parti untuk menjadi komponen BN. 

“Dewan Tertinggi merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada parti-parti tersebut atas minat dan kesediaan mereka untuk bersama-sama dengan Barisan Nasional.

“Kesemua permohonan tersebut sedang diperhalusi oleh pihak urusetia BN,” katanya.

Tambahnya, Dewan Tertinggi juga bersetuju mewujudkan Puteri Barisan Nasional bagi menyelaras pergerakan wanita muda di semua parti-parti komponen. 

“Sehubungan itu, Datuk Zahida Zarik Khan dilantik sebagai Ketua Puteri Barisan Nasional,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here