Serang pembangkang, bukan ‘tembak’ pihak sendiri – PM

0
2

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggesa Barisan Nasional (BN) untuk menyasarkan serangan mereka kepada pembangkang, bukan pihak sendiri.

Ismail Sabri berkata, beliau kadang kala keliru dengan kenyataan yang dibuat sesetengah kumpulan kecil pemimpin BN.

“(Kenyataan itu) seolah-olah tembak kaki sendiri. Tembak kaki sendirilah yang boleh sebabkan kita kecundang (dalam pilihan raya).

“Kita rasa hero tembak kawan kita, sedangkan tak sentuh pemimpin pembangkang.

“Mulai hari ini, kita kena ‘tembak’ pemimpin pembangkang, bukan ‘tembak’ pemimpin kita,” katanya seperti dilapor MalaysiaKini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi Bicara Hati Perdana Menteri sempena Konvensyen Wanita BN di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Sementara itu, Naib presiden Umno itu berkata, beliau akan membubarkan Parlimen selepas laporan daripada Pergerakan Wanita Barisan Nasional (BN) menunjukkan bahawa gabungan itu boleh menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Katanya, Wanita BN memainkan peranan utama dalam mengumpul maklumat namun mengingatkan ia mesti berasaskan fakta. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here