Exco kerajaan Kelantan cedera parah kemalangan di Mesir

0
3

EXCO Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud dilaporkan terlibat dalam kemalangan di Mesir, Jumaat lalu.

Memetik laporan Malaysiakini, perkara itu disahkan Pegawai khasnya Jamal Najmuddin Sulaiman.

Menurutnya kejadian berlaku ketika Mohd Nassuruddin bersama bekas Adun Pulai Chondong Zulkifli Mamat dan seorang pelajar dalam perjalanan dari lapangan terbang ke tempat penginapan dengan menaiki sebuah kereta.

“Kereta yang dinaiki mereka cuba mengelak kenderaan lain yang berhenti secara mengejut sebelum berlanggar dengan kenderaan lain dari arah bertentangan,” kata seperti dilaporkan Malaysiakini.

Difahamkan Adun Meranti itu ke Mesir bersama rombongan beberapa pimpinan kerajaan negeri termasuk Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Rombongan berkenaan dijadualkan hadir ke Seminar Peradaban Kerajaan Negeri Kelantan di Timur Tengah 2022 (Spektrum 2022) bermula hari ini hingga 16 Ogos.

Sementara itu, Jamal berkata Mohd Nassuruddin cedera parah patah kaki kanan akibat kemalangan itu dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di sebuah hospital.

Katanya, Mohd Nassuruddin kini menunggu prosedur ditetapkan sebelum pulang ke Kelantan.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here