Petinju meninggal dunia kena ‘pukulan maut’

0
2

KEJOHANAN Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di Kelantan dikejutkan dengan kematian petinju yang maut selepas terkena pukulan “knockout”

Berdasarkan video yang tular, mangsa Kittichai Chaengkhao, 28, tumbang selepas terkena pukulan lawannya.

Kejadian itu berlangsung pada Sabtu di Padang Kolej Uniti Kota Bharu, Kampung Che Deris Badang di Kelantan.

Dalam sidang media hari ini,
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Muhamad Zaki Harun berkata Kittichai yang berasal dari Chumpong tidak sedarkan diri selepas menerima pukulan ‘knockout’ ketika menentang petinju Malaysia berusia 29 tahun daripada Kelab Red Army Kuala Lumpur pada Jumaat.

Katanya, mangsa yang tidak sedarkan diri telah dibawa ke Klinik Kesihatan Badang kira-kira jam 1 pagi Sabtu.

“Namun, mangsa kemudiannya dikejarkan ke unit kecemasan HRPZ II (Hospital Raja Perempuan Zainab II) dan meninggal dunia pada pukul 10.57 pagi,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di Kota Bharu.

Muhamad Zaki berkata mayat Kittichai telah dibawa ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang untuk diserahkan kepada waris pada pukul 8 malam hari yang sama.

Katanya, pihak penganjur mempunyai permit untuk menganjurkan kejohanan Muay Thai itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here