Ismail Sabri gesa BN balas dakwaan ‘kerajaan gagal’

0
2

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob menggesa Barisan Nasional (BN) untuk membalas dakwaan bahawa kerajaan gagal mentadbir negara, susulan anjuran bantahan sempena ulang tahun beliau menjadi Perdana Menteri, yang dijadual berlangsung pada 20 Ogos ini.

Perdana Menteri berkata, dakwaan kerajaan pimpinannya gagal menangani inflasi adalah tidak benar dan pembangkang sengaja tidak mahu melihat perkara sebenar.

Beliau turut menjelaskan inflasi melanda banyak negara, antaranya disebabkan perang Rusia-Ukraine dan impak daripada wabak Covid-19.

Namun, katanya, usaha kerajaan telah membuahkan hasil, dengan menjadikan harga ayam sebagai contoh.

“Sementara harga siling ayam ditetapkan pada RM9.40 sekilogram, harga di pasaran pada masa ini adalah RM7 sekilogram.

“(Malah) bekalan ayam ada lambakan,” katanya seperti dilapor MalaysiaKini.

Beliau berkata demikian di  Konvensyen Wanita BN hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi juga telah menunjukkan kesan, dengan mendakwa harga minyak masak tanpa subsidi juga telah menurun.

“Pembangkang akan terus serang kita. Mereka tak cakap pasal harga barang hari ini walaupun harga sudah turun.

“Mereka tak akan puji kerajaan. Mereka akan terus kata kerajaan gagal,” katanya.

Justeru, beliau meminta anggota BN menguar-uarkan kejayaan kerajaan kepada orang ramai.

Pada 20 Ogos ini, dijangkakan diadakan protes anjuran sekumpulan aktivis yang menggelarkan diri mereka sebagai jawatankuasa Turun di sekitar Pusat Beli Belah Sogo, Kuala Lumpur.

Susulan protes yang diadakan pada bulan lalu, penganjur berkata, lima tuntutan mereka masih belum ditunaikan, iaitu memotong gaji menteri,
mengekalkan subsidi, menyalurkan bantuan bermaruah, mengawal harga dan barang Menyelesaikan isu jaminan bekalan makanan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here