Padam semua video, murka Allah jangan dijemput, ibu nasihat Aliff Syukri

0
1

USAHAWAN Rozita Ibrahim merayu agar Datuk Seri Aliff Syukri tidak mengulangi perbuatannya membuat klip video jelik sehingga mengundang kecaman ramai.

Mengakui malu dengan perbuatan anaknya itu, Rozita menasihatkan Aliff supaya berazam dan bertaubat dengan memadam semua klip video menjelekkan di platform media sosialnya.

“Minta kawan-kawan Kri (panggilan Aliff) padam semua video itu sekarang. Dalam YouTube sebelum ini juga. Mak teramat malu!

“Jika Kri (panggilan Aliff) sayangkan mak, jangan ulang lagi. Berhenti dari buat video begini. Jangan kongsi di YouTube semua video sejak Lucinta Luna atau siapa sahaja yang bergelek dari dulu sampai sekarang. Delete dan bertaubatlah dengan sebenar-benarnya,” katanya di Instagram miliknya.

Rozita turut mengingatkan Aliff agar sentiasa mengelak diri daripada melakukan perbuatan yang dimurkai Allah.

“Berulang kali memberikan nasihat sama. Semua peringatan dah diberi, semua ilmu sudah disampaikan. Pukul sudah, dimarah sudah, dinasihati sudah. Teguran ulama pun ramai. Jangan angkuh. Murka Allah jangan dijemput,” katanya.

Luahan Rozita itu dibuat sejurus Aliff memuat naik teaser lagu duet baharu bersama penyanyi Baby Shima berjudul Baby Sayang.

Pada masa sama, Rozita turut menasihati anaknya itu supaya menjaga adab dan menghargai pengorbanan isterinya iaitu Datin Seri Shahida.

“Ingat Kri, Ida (Shahida) dah cukup sabar. Dia peninggalan mak yang terbaik, wanita kiriman Allah yang terindah. Jaga adab, maruah, akhlak isteri dan anak-anak,” jelasnya.

Terdahulu, teaser video yang dimuat naik oleh Aliff telah mengundang kecaman netizen kerana memaparkan aksi kurang sopan Baby Shima yang menari gelek di sisinya.

Bagaimanapun, sehari selepas tular di media sosial, Aliff membuat permohonan maaf secara terbuka dan menangis teresak-esak menginsafi perbuatannya itu.

Dia juga membuat pengumuman untuk tidak lagi aktif di Instagram dan mendedahkan dirinya mengalami masalah mental tahap dua. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here