‘Mat Kilau’ enggan hadir tayangan gala di Indonesia

0
1

TIADA angin, tiada ribut, pelakon Datuk Adi Putra membuat kejutan apabila mengesahkan tidak akan hadir pada tayangan gala filem ‘Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan’ di Jakarta, Indonesia.

Menerusi hantaran di Instagramnya malam tadi, Adi Putra menyatakan rasa kesal dengan pihak Kembara Studio Sdn Bhd yang didakwa susah untuk dihubungi.

Malah, dalam nada sinis beliau menyatakan kesediaan mahu menghadiahkan telefon bimbit kepada Kembara Studio agar mudah untuknya berkomunikasi dan berurusan.

“Akan kerana ini, saya manfaatkan di media sosial agar mesej saya sampai ke pihak Kembara Studio.

“InsyaAllah saya tidak akan hadir tayangan gala filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan di Jakarta. Terima kasih,” tulisnya dalam hantaran itu.

Bagaimanapun menurut Adi Putra, hantaran itu bersifat sementara selain tidak menyatakan sebab sebenar hantaran itu dibuat.

“Semoga message ini sampai ke pihak berkenaan dan semoga Allah permudahkan segala urusan,” katanya.

Sementara itu, dalam satu komen, pihak yang dipercayai wakil Kembara Studio menyatakan mereka mengambil maklum mengenai teguran tersebut dan akan memanjangkan perkara itu kepada pihak pengurusan.

Hantaran itu sekali gus mengundang tanda tanya di kalangan netizen selain ada yang berharap isu yang timbul dapat diselesaikan secara baik.

“Aduh.. ini yang tak best ni… Baru industri nak meletop balik dah jadi gini hurmmm kecewa mat #SelesaiBaik2.

“Sabar Kilau. Ini semua angkara Pak Deris.

“Salam, Mat kilau dah marah kan,” antara komen netizen. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here