Nahar Tajri
SAKSI Pendakwaan ke 18 V Mahendran memberitahu mahkamah hari ini bahawa Ultra Kirana Sdn Bhd mendapatkan kontrak sistem Visa Luar Negara (VLN ) ketika Datuk Seri Hishamudin Hussein menjadi Menteri Dalam Negeri.
Dalam prosiding yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Mahendran yang juga Penguasa Kanan Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hanya meneruskan ketika mengambil alih jawatan berkenaan.
Beliau turut mengesahkan terdapat identiti yang terdiri daripada ahli- ahli politik, pegawai- pegawai kerajaan dan orang perseorangan yang berkait rapat dengan UKSB di dalam “lejar faraid” dari 2014 hingga 2018.
Mahendran memberi tahu mahkamah ketika membacakan keterangannya di hadapan Hakim, Datuk Mohd Yazid Mustafa.
Mahkamah Tinggi sebelum ini diberitahu beberapa nama ahli politik seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin, Khairy Jamaludin, Anifah Aman dan Shafie Apdal berdasarkan lejar UKSB selain Presiden Umno yang dituduh di mahkamah ketika ini. – Malaysiapost

