POLIS kini sedang mengesan seorang penjawat awam yang dikehendaki bagi membantu siasatan satu kes rogol yang dilaporkan di Bintulu, Sarawak pada 29 Julai lalu.
Lelaki berusia 33 tahun itu dikehendaki bersabit laporan Polis Bintulu 6777/2022, Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Daerah Bintulu Superintendan Batholomew Umpit, berkata orang yang dikehendaki itu adalah Tengku Nasrul Haizal Mohd NasirNasir yang beralamat di No 220 Jalan Sekolah Kebangsaan Geting, Tumpat, Kelantan.
“Penama adalah seorang penjawat awam dikehendaki bagi membantu siasatan bersabit satu kes rogol yang dilaporkan pada 29 Julai 2022 di daerah Bintulu.
“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai penama ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nurikman Hadi di talian 019-3517155 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu di talian 086-318304,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – Malaysiapost

