LCS: Soal Khaled Nordin, siapa yang lembu ni?

0
1

NAIB Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mempersoalkan mengapa Pakatan Harapan (PH) ketika menjadi kerajaan tidak membuat laporan berhubung kehilangan RM6 bilion dalam skandal Kapal Tempur Pesisir Pantai (LCS).

“RM6b jumlah besar, kalau hangus dan lesap mengapa dua tahun di bawah PH tak buat laporan duit lesap. Siapa yang lembu ni,” soal Mohamed Khaled menerusi ciapan di Twitter.

Beliau menjawab ciapan seorang pengguna Twitter dipercayai penyokong PH yang mengkritik Umno berhubung isu berkenaan.

“Umno mana ada akal. depa kan lembu. lembu mana ada akal,” ciap pengguna Twitter dikenali sebagai Amrullah.

Terdahulu Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) menjelaskan bayaran RM6 bilion dibuat kerajaan kepada kontraktor projek LCS Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), bertujuan membeli peralatan membina enam kapal berkenaan.

Ketua Eksekutif LTAT, Datuk Ahmad Nazim Abdul Rahman berkata ini kerana pembelian secara pukal untuk peralatan enam kapal itu akan jauh lebih murah.

“RM6 bilion dari nilai kontrak RM9 bilion sudah dibayar. Kenapa bayar sampai RM6 bilion, tapi progres pembinaan untuk lima kapal pertama hanya pada purata 55 peratus?

“Sebab RM6 bilion dibelanjakan untuk beli hampir kesemua peralatan yang perlu untuk bina enam kapal. Bulk order (pesanan pukal) lebih murah berbanding beli satu-satu,” katanya.

Khamis lalu, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan laporan setebal 247 muka surat berhubung LCS dan antaranya terma-terma kontrak adalah lemah dan tidak memihak kepada kerajaan apabila pembayaran projek LCS berdasarkan kemajuan aktiviti atau pembekalan item dan bukan berdasarkan kemajuan sebenar.

Menurut laporan itu, pandangan TLDM selaku pengguna akhir tidak diendahkan oleh Kementerian Pertahanan dan BNS dalam pelaksanaan projek LCS. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here