Hujan lebat, Seoul dilanda banjir buruk

0
2

BEBERAPA kawasan di Seoul dilanda banjir semalam susulan hujan lebat melanda ibu kota Korea Selatan yang menenggelamkan kenderaan dan menyebabkan pemindahan.

Gambar dan video yang beredar di media sosial termasuk Twitter menunjukkan jalan raya dinaiki air, serta mengakibatkan limpahan mengalir ke tangga stesen kereta api bawah tanah di bandar raya itu, lapor CNA.

Pengguna Twitter @evh5150 juga mengatakan bahawa terdapat gangguan bekalan elektrik di kawasan Gangnam. Menurut agensi berita Yonhap, hujan sehingga 170mm melanda wilayah tengah negara itu semalam, termasuk kawasan ibu kota.

Seoul menerima 90.5mm hujan setakat jam 8 malam waktu tempatan. Daerah Dongjak di Selatan Seoul juga mencatatkan 137mm hujan sejam, hujan terburuk dalam beberapa dekad, tambah laporan itu.

Pentadbiran Meteorologi Korea sebelum ini mengeluarkan nasihat hujan lebat di seluruh Seoul, bandar pelabuhan barat Incheon, bahagian utara Wilayah Gyeonggi dan Wilayah Gangwon utara.

Yonhap berkata hujan lebat itu menyebabkan banjir di beberapa kawasan. Penduduk di kawasan rendah dipindahkan untuk keselamatan sementara bahagian laluan kereta apT bawah tanah terpaksa berhenti.

Perkhidmatan Operasi & Maklumat Pengangkutan Seoul menerusi ciapan di Twitternya kira-kira jam 10.10 malam memaklumkan Jalan Yangjae-Daero ditenggelami air dan kenderaan tidak dapat dilalui.

Mesej keselamatan awam yang dihantar kepada penduduk di Seoul kira-kira jam 11.10 malam waktu tempatan memberi amaran kemungkinan tanah runtuh. Mereka yang tinggal berhampiran hutan juga dinasihatkan untuk berpindah sebagai langkah berjaga-jaga. – Malaysiapost

Kredit foto: CNA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here