3 remaja ada masalah mental ‘hilang’

0
1

Ben Ibrahim

TIGA remaja dipercayai mempunyai masalah mental ‘hilang’ dari pusat jagaan anak yatim di Jalan Kuantan-Pekan, dekat Kuantan, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan semua remaja itu pada jam 10.29 pagi tadi.

Katanya, laporan dibuat penyelia asrama yang mendakwa kehilangan remaja berusia 13 hingga 17 tahun itu disedari awal pagi tadi.

“Penyelia yang bertugas sebagai pembantu pembangunan masyarakat di situ memaklumkan terdapat penghuni melarikan diri daripada pegawai bertugas syif malam sekitar jam 4.30 pagi.

“Seorang daripada penghuni yang hilang itu adalah kanak-kanak berusia 13 tahun yang baru selesai menerima rawatan psikitri dari Wad Dahlia Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Jumaat lalu.

“Dua lagi remaja yang turut melarikan diri mengalami gangguan mental pesakit dan masih menerima rawatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Azahari berkata, usaha mengesan kesemua remaja itu sudah dilakukan penyelia rumah berkenaan, namun gagal.

Katanya, ketiga-tiga remaja terbabit pernah melarikan diri sebelum ini dan ada antaranya pernah mencederakan diri sendiri akibat tekanan.

“Usaha untuk mengesan mereka sedang dilakukan dan kami meminta kerjasama orang ramai untuk menghubungi balai polis berhampiran jika ternampak tiga remaja berkenaan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here