Akaun Telegram PM digodam

0
1
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melawat PPV pandu lalu di Kompleks Pentadbiran Daerah Jempol hari ini. Turut hadir ialah Ahli Parlimen Jempol, Datuk Mohd Salim Mohd Sharif.

AKAUN aplikasi Telegram Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob digodam pihak tidak bertanggungjawab.

Perkara itu dimaklumkan Ismail Sabri menerusi laman Twitternya hari ini, dan meminta orang ramai mengabai atau melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya menerima mesej melalui telegram tersebut.

“Perhatian: Akaun Telegram peribadi saya telah digodam oleh individu tidak bertanggungjawab.

“Mohon laporkan kepada pihak berkuasa dan abaikan sebarang mesej yang diterima daripada akaun berkenaan,” tulisnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here