Lelaki tetak pengawal keselamatan berdepan hukuman mati

0
1

SEORANG lelaki berdepan hukuman mati atas pertuduhan membunuh seorang pengawal keselamatan, Khamis lalu.

R Subramaniam, 41, semalam mengaku bersalah atas pertuduhan mendatangkan kecederaan parah ke atas Ismail Ahmad, 58, ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Petani.

Dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Namun dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh selepas mangsa meninggal dunia semasa dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), petang semalam.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh dan dia hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan terhadapnya itu dibacakan di hadapan Majistret Noor Fazlina Musa, lapor Kosmo!.

Mengikut pertuduhan, Subramaniam didakwa sengaja menyebabkan kematian terhadap Ismail di kawasan pos pengawal di tapak projek perumahan Siera 4, Bukit Banyan pada jam 4.40 petang, 4 Ogos lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S Arthini manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Khamis lalu, seorang pengawal keselamatan cedera di kepala dan tangan kiri selepas dilibas dengan pedang oleh suspek yang tidak berpuas hati kerana ditegur ketika menunggang motosikal.

Mangsa dikatakan menegur perbuatan lelaki terbabit yang ketika itu dilihat menunggang motosikal secara berbahaya di kawasan tapak projek berkenaan sebelum berlaku pertengkaran antara mereka.

Bagaimanapun, pengawal keselamatan terbabit meninggal dunia semalam. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here