‘LCS tiada kaitan dengan saya’ – Ahmad Zahid

0
2
kapal projek lcs

PRESIDEN Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menegaskan beliau tidak wajar dikaitkan dengan kegagalan projek Kapal Tempur Pesisir Pantai (LCS) kerana beliau bukan Menteri Pertahanan ketika projek itu dianugerahkan.

“Saya memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan dari April 2009 hingga Mei 2013.

“Jadi mana-mana pihak yang menyebabkan kelewatan pembinaannya haruslah bertanggungjawab memberikan penjelasan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

“(Ia bagi) menyokong penuh pendedahan kelewatan ini,” katanya seperti dilaporkan MalaysiaGazette.

Menurut Ahmad Zahid, LCS yang dibina oleh Boustead Naval Shipyard (BNS) Sdn Bhd yang juga anak syarikat Boustead Holdings Bhd, yang mana pemegang saham terbesar adalah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

“Merujuk laporan audit dari PAC, kontrak kepada Boustead adalah mengikut Garis Panduan Permohonan Perolehan Secara Rundingan Terus bertarikh 17 April 2002.

“Secara jelas ia tiada kaitan dengan saya, malah LTAT sendiri menjadi pemegang saham terbesar dalam syarikat pembinaan LCS itu,” katanya.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid sedia memberi keterangan mahupun penjelasan kepada PAC bagi melengkapkan prosiding itu dalam masa terdekat. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here