Eskayvie jelajah 7 negeri bantu usahawan

0
2

ESKAYVIE menjelajah ke tujuh negeri di seluruh negara bermula di Kota Bharu, Kelantan dalam program ‘Nexus Success Road Tour 2022’, semalam.

Siri jelajah berkenaan adalah susulan daripada kejayaan Nexus Success Convention yang berlangsung Jun lalu.

Selain latihan berterusan yang dijalankan atas talian, jelajah itu adalah inisiatif sokongan dan bimbingan bagi semua usahawan Nexus seluruh Malaysia untuk dilengkapi dengan ilmu kepimpinan selain mahir dalam merancang strategi pemasaran.

Pengarah Urusan Eskayvie Kartika Wati, berkata ia bagi memastikan setiap mereka mempunyai matlamat yang jelas dalam membina empayar perniagaan dan mampu berdaya saing untuk menghadapi situasi ekonomi yang mencabar masa kini.

“Program ini turut terbuka kepada mereka yang berminat untuk meningkatkan ekonomi keluarga dan mengatasi masalah pendapatan isi rumah yang terjejas berikutan keadaan inflasi sekarang.

“Ramai berdepan dengan masalah kewangan berikutan kos sara hidup yang tinggi terutamanya harga barang keperluan asas yang semakin meningkat.

“Justeru, Eskayvie mengambil inisiatif ini untuk membantu seramai mungkin dalam menggunakan sepenuhnya platform Eskayvie Nexus bagi meningkatkan kualiti kehidupan dan kewangan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata, sehingga kini sudah bantu lebih 10,000 usahawan Nexus yang berjaya capai pendapatan empat sehingga enam angka sebulan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here