LCS: Najib bangkit persoalan buat PH, Mat Sabu untuk kali ketiga 

0
1

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini melontarkan pertanyaan buat kali ketiga terhadap Pakatan Harapan (PH) berhubung kontroversi projek pembinaan enam kapal tempur pesisir (LCS).

Najib membangkitkan isu kelewatan pembinaan kapal berkenaan selepas kerajaan bertukar tangan kepada PH.

Untuk rekod Menteri Pertahanan era PH ialah Mohamad Sabu.

Kata Najib, dalam jawapan Parlimen pada Oktober 2019 semasa projek dibekukan kerajaan PH, Mohamad berkata tahap kemajuan projek adalah 55.7 peratus.

Berikut merupakan kenyataan penuh Najib yang menuntut jawapan PH:

Saya nak tanya buat kali ketiga. Kenapa tiada siapa dari PH mampu jawab?

Apakah kenaikan kemajuan projek dari:

a) Permulaan pembinaan pada akhir tahun 2014 hingga Mei 2018 (sebelum PRU14)

b) dari Mei 2018 hingga Sept 2019 (ketika projek dihentikan oleh kerajaan PH),

Perlu ingat juga bahawa kapal pertama hanya dijadualkan untuk diserah kepada TLDM pada tahun 2019 – iaitu selepas kerajaan tukar tangan selepas PRU14 -bukan sebelumnya.

Pengerusi PAC kata tahap kemajuan projek ketika penamaan dan pelancaran kapal pertama pada Ogos 2017 adalah hanya sekitar 44%.

Dalam jawapan parlimen pada Oktober 2019 semasa projek dibekukan kerajaan PH, Mat Sabu kata tahap kemajuan projek adalah 55.7%.

• 2011 – Surat anugerah projek (letter of Award) diberi

• Jul 2014 – Kontrak dimeterai.

• Dis 2014 – Pembinaan bermula.

Dalam tempoh 32 bulan sejak pembinaan bermula pada akhir tahun 2014 sehingga Julai 2017, tahap kemajuan projek ialah 44%.

Tetapi dalam tempoh 26 bulan (termasuk 16 bulan bawah PH) dari Julai 2017 ke PRU14 hingga September 2019 ketika projek dibekukan kerajaan PH, kemajuan projek cuma bertambah 11.7% ke 55.7% seperti diberitahu Mat Sabu dalam jawapan parlimen dia.

32 bulan = 44%

26 bulan (termasuk 16 bulan bawah PH) = 11.7%

Kenapa pula semakin perlahan?

Perlu ingat bahawa projek dilewatkan pada tahun 2018 selepas PRU14 sebab PH siasat, tukar hampir semua pengurusan tertinggi termasuk boss Boustead, pengerusi LTAT dan Panglima Tentera Laut sebelum keseluruhan projek dibekukan pada September 2019.

(Projek terus dibeku selama hampir 3 tahun sehingga kabinet kerajaan hari ini membuat keputusan untuk sambungkan projek pada April 2022).

Demi keadilan, PAC perlu beritahu:

1) Apakah tahap kemajuan projek pada Mei 2018 dan berapakan peningkatan kemajuan projek dari Mei 2018 hingga projek dibeku pada tahap 55.7% pada akhir Sept 2019.

2) Berapakah daripada jumlah pembayaran RM6 bilion setakat ini adalah dibayar dalam tempoh kerajaan PH.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here