Datuk Othman Said selamat dikebumi di Bukit Kiara

0
1

DATUK Othman Said bapa kepada Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina menghembuskan nafasnya yang terakhir di kediamannya di Kelana Jaya, pagi tadi

Berita dukacita itu disahkan Setiausaha Sulit Azalina, Danesh Raj yang mengesahkan Allahyarham yang berusia 89 tahun meninggal dunia subuh tadi kerana sakit tua.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Al-Hidayah Kelana Jaya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara sebelum solat Jumaat.

Dalam hantaran di laman Instagram, Azalina mengucapkan penghargaan terima kasih kepada semua yang mendoakan untuk Allahyarham bapanya.

“Terima kasih kepada semua atas ucapan takziah dan doa yang telah dikirimkan.

“Kami sekeluarga amat berterima kasih atas berkat ingatan, ucapan dan iringan doa daripada sahabat, rakan kenalan sekalian, pengebumian Allahyarham bapa saya telah sempurna diuruskan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.

“Semoga pemergian Allahyarham bapa saya pada hari Jumaat yang mulia ini akan dikurniakan segala limpahan rahmatNya ke atas roh dan dilepaskan dari segala fitnah kubur. Semoga dikurniakan jannah dan ditempatkan di kalangan orang beriman,” catatnya.

Sementara itu, Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam hantaran di laman Facebooknya berkata, beliau menziarahi jenazah Allahyarham di Masjid Al Hidayah pagi ini.

“Semoga keluarga Allahyarham tabah menerima ketentuan Allah dan bersabar atas pemergiannya.

“Mari kita hadiahkan Al-Fatihah kepada arwah semoga ditempatkan bersama golongan beriman dan bertakwa,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here