Usaha Najib tangguh rayuan SRC ditolak Mahkamah Persekutuan

0
1

PERMOHONAN pasukan peguam Datuk Seri Najib Razak untuk menangguhkan pendengaran bagi rayuan kes rasuah SRC International yang dijadual bulan depan telah ditolak Mahkamah Persekutuan, hari ini.

Justeru, rayuan berkenaan akan didengar selama 10 hari mulai 15 Ogos di Mahkamah Persekutuan seperti yang dijadualkan sebelum ini, lapor Malaysiakini.

Selasa lalu, peguam yang baru dilantik Najib diketuai Hisyam Teh Poh Teik memohon penangguhan berkenaan memandangkan pasukan itu baru dilantik.

Pasukan peguam yang baru menggantikan pasukan peguam terdahulu yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bagi kes rayuan berkenaan.

Najib yang juga bekas menteri kewangan berusaha untuk membatalkan sabitan bersalah atas tujuh pertuduhan salah guna kuasa, jenayah pecah amanah (CBT) dan pengubahan wang haram membabitkan RM42 juta dana SRC, serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here