PN kecewa? – Shahril Hamdan

0
1

KETUA Penerangan Umno, Shahril Sufian Hamdan menyifatkan kekecewaan dirasai Perikatan Nasional (PN) terhadap Perdana Menteri dari Umno, tidak setanding dengan tindakan dan cemuhan parti berkenaan terhadap Barisan Nasional (BN).

Beliau menyenaraikan tindakan PN terhadap BN, antaranya adalah gabungan itu ditubuhkan dengan Pas yang sebelumnya bersama Umno dalam Muafakat Nasional (MN) dan menuntut bertanding 45 kerusi semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

“Cuba isytihar darurat tanpa sebarang perbincangan bersama parti komponen dalam Kerajaan, mencuri Ahli Parlimen dan ahli Umno sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) serta mengelarkan Umno ‘itik patah kaki’.

“Selain itu mengatakan kerjaya politik Presiden Umno sedang nyawa nyawa ikan dan menuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam keadaan di mana negara sedang berhadapan dengan isu inflasi,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Beliau mengulas kenyataan kenyataan Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainudin, hari ini yang menzahirkan rasa kecewa PN terhadap tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dilihat tidak bersungguh memenuhi terma dalam perjanjian dengan parti itu.

Menurut Hamzah, PN memutuskan untuk menghantar delegasi menemui Perdana Menteri bagi membincangkan pelaksanaan terma-terma perjanjian tersebut dalam masa yang terdekat.

Shahril berkata, selepas pelbagai aksi tindakan dan kenyataan mencemuh BN, secara tiba-tiba hari ini PN mengatakan kecewa.

“Tiba-tiba PN hendak kata dia yang kecewa?

“Kalau kerana soal jawatan pun boleh kecewa, agaknya apa perasaan PN selepas PRU-15 nanti? Gembira?” soalnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here