Hector dilantik Ketua jurulatih JDT yang baharu

0
1

KELAB Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan Hector Bidoglio, bekas pemain Venezuela sebagai ketua jurulatih Harimau Selatan yang baharu bagi menggantikan Benjamin Mora.

Menurut perkongsian di laman Facebook Johor Southern Tigers, pelantikan pengendali berusia 54 tahun itu berkuat kuasa serta merta.

“Hector memulakan karier kejurulatihan dengan kelab Argentina, Newell’s Old Boys. Beliau sebelum ini pernah menjadi jurulatih dalam divisyen teratas di Argentina, Peru dan Ecuador.

KELAB Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan Hector Bidoglio, bekas pemain Venezuela sebagai ketua jurulatih Harimau Selatan yang baharu bagi menggantikan Benjamin Mora.

“Hector pernah menimba ilmu di kelab Sepanyol seperti Real Madrid, Barcelona, Sevilla dan Real Betis. Beliau juga telah berguru dengan pengurus tersohor Marcelo Bielsa ketika bersama-sama pasukan kebangsaan Chile pada 2009,” menurut perkongsian itu.

Pasukan JDT semalam, mengesahkan Benjamin Mora tidak lagi mengendalikan pasukan, selepas jurulatih yang membawa Harimau Selatan menjuarai Liga Super lapan kali berturut-turut itu meminta kebenaran pulang ke Mexico bagi menyelesaikan urusan peribadi yang tidak dapat dielakkan.

Benjamin Mora merupakan jurulatih JDT paling berjaya dengan empat kejuaraan Liga Super, empat Piala Sumbangsih, satu Piala Malaysia dan membawa JDT ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara AFC tahun ini. – Malaysiapost

Hector Bidoglio

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here