Iqbal disaran kahwin kerana terlalu subur

0
1

USAHAWAN dan selebriti media sosial, Iqbal Zulkefli mengakui pernah menjalani ujian kesuburan sebelum perancangan mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Vida tidak kesampaian.

Menerusi sesi soal jawab di Instagram, Iqbal berkata, susulan keputusan diterima, doktor menyarankannya segera berkahwin kerana dia didapati terlalu subur termasuk mengelakkan daripada tekanan.

“Sebelum perkahwinan (yang tak jadi) hari itu, saya sudah jumpa doktor untuk periksa kesuburan. Alhamdulillah semua baik. Malah doktor sarankan saya berkahwin cepat sebab terlalu subur.

“Sampai sekarang doktor gelakkan saya apabila berjumpa. Doktor risau saya menjadi stres. Entahlah berkahwin kan jadi stres. Tak berkahwin stres lain pula. Apapun tentang zuriat, terserah pada Allah yang beri,” katanya.

Dalam pada itu, Iqbal memaklumkan serba sedikit mengenai pemeriksaan kesuburan serta kos dikeluarkan bagi proses tersebut.

“Kos ujian kesuburan air mani lelaki RM150 hingga RM400. Tetapi dengan doktor saya, RM50 sahaja. DM jika serius. Doktor akan periksa kuantiti, bentuk dan pergerakan sperma (sperm motility),” katanya.

Tambahnya, individu  yang ingin melakukan pemeriksaan kesuburan air mani perlulah berpuasa atau tidak boleh bersama sekurang-kurangnya tiga hari.

“Sebelum test kita perlu puasa / tidak boleh bersama sekurang-kurangnya tiga hari. Amat menyeksakan. Elakkan minum kopi dan tidur mesti cukup rehat.

“Doktor saya ada bagi tip untuk banyakkan kuantiti sperma. Itu rahsia tak boleh cerita di sini. Rawatan in tidak semestinya untuk orang berkahwin sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Iqbal turut menyangkal tanggapan orang ramai yang menganggap pengambilan anak angkat  sekadar untuk membuat ‘content’.

“Ya, ada yang fikir ambil anak angkat semata untuk jadikan content. Mereka tidak tahu di sebalik hari-hari bagaimana saya menjaganya. Bukan senang.

“Tidak semua orang mampu. Sekarang apabila berbelanja, saya sudah lupa untuk beli barangan mewah saya sendiri.

“Lebih seronok belikan untuk Ziyad. Terima kasih sebab faham. Banyak yang terbuku dalam hati, orang hanya menilai,” katanya.

Iqbal sebelum itu mengumumkan dia kini sedang memelihara anak angkat lelaki yang diberi nama Ahmad Ziyad. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here