Gangguan bekalan air di 188 kawasan Hulu Selangor mulai 9 Ogos

0
1

SEBANYAK 188 kawasan di Wilayah Hulu Selangor akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula jam 9 pagi pada 9 Ogos ini.

Namun, ia dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 1 pagi, pada 11 Ogos 2022.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), memaklumkan gangguan bekalan air itu berikutan pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset di Loji Rawatan Air Sungai Rasa (LRA Sg Rasa).

“Pelaksanaan kerja-kerja ini bakal menyebabkan gangguan bekalan air berjadual di 188 kawasan di Wilayah Hulu Selangor bermula jam 9 pagi, 9 Ogos 2022 dan dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 1 pagi, 11 Ogos 2022,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Air Selangor berkata, pelaksanaan kerja penyelenggaraan itu telah mendapat kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi menaiktaraf sistem bekalan air demi keselesaan para pengguna pada masa hadapan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here