MK Land FC antara sumbangan Mustapha Kamal dalam bola sepak 

0
1

PEMERGIAN tokoh korporat, Allahyarham Tan Sri Dr Mustapha Kamal Abu Bakar yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada usia 73 tahun pagi tadi, turut dirasai penggiat bola sepak tempatan. 

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi hantaran di Facebook rasmi badan induk bola sepak negara itu mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham. 

Menurut FAM, pengasas syarikat pemaju hartanah MK Land itu menyumbang dalam industri bola sepak menerusi penampilan MK Land FC dalam Liga FAM, seterusnya Liga Premier pada 2004-2005. 

“Antara lain memperkenalkan penyerang Marlon Alex James ke pentas tempatan, selain membariskan Mohd Noor Derus, Abdul Ghani Abdul Rahman, Ooi Hoe Guan dan Leong Hong Seng. 

“Legasi Allahyarham adalah Akademi NPNG-Emkay yang terus-terusan memberi ruang kepada remaja di peringkat akar umbi untuk aktif dalam bola sepak. 

“Semoga Allah SWT merahmati roh Allahyarham dan menempatkannya dalam kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah,” tulis hantaran itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here