Dinda, itu gambar lama, kata Sanusi kepada Nurul Izzah

0
1

FOTO Gunung Inas di Baling yang gondol dikongsi Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar di laman sosial adalah gambar lama.

Perkara itu disahkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menerusi hantaran di laman Facebooknya hari ini.

Muhammad Sanusi berkata gambar dikongsi Nurul Izzah itu adalah gambar pada tahun 2019, ketika pentadbiran kerajaan Kedah terdahulu.

“Adinda Nurul… foto yang menumbuhkan kesedihan lalu Dinda kongsikan di laman pesbuk itu foto lama, Gunung Inas Baling pada tahun 2019. Kenapa baru sekarang Dinda sedih?

“Tidakkah pada tahun 2019 Dinda juga punya perasaan,” katanya.

Semalam, selain berkongsikan foto memaparkan gunung Inas yang ‘botak’ Nurul Izzah menerusi Facebooknya turut meluahkan kekecewaannya terhadap tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab, mengakibatkan kerosakan teruk kepada Gunung Inas hingga memberi kesan kepada penduduk setempat.

“Hancur alam sekitar kerana tamak haloba . Akibatnya, kini kita sengsara! Sedih, nampak keadaan di Baling.

“Lawatan hari ini (semalam) di baling/Gunung Inas.

“Sedih tadi terjumpa dengan pakcik yang kehilangan anak,isteri dan menantu perempuan yang mengandung dalam tragedi banjir ni..,” katanya.

Pada 5 Julai lalu, tiga maut termasuk ibu hamil empat bulan selepas rumah mereka dihanyutkan air dalam tragedi banjir dan kepala air di Kampung Iboi, Baling.

Mayat Nurul Anis Abu Hassan, 23, serta ibu mentuanya yang lumpuh Salmah Mat Akib, 53, dan ditemukan dalam keadaan berpelukan di bawah timbunan pokok kira-kira 100 meter dari tapak rumah mereka yang dihanyutkan itu kira-kira jam 9.30 pagi .

Mangsa ketiga, adik iparnya Khairul Ikhwan Nor Azman, 14, pula ditemukan pada 11.55 pagi di bawah timbunan pokok yang tidak jauh daripada mayat ibu dan kakak iparnya dijumpai. – Malaysiapost.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here