Afdlin Shauki sudah bercerai sejak April lalu

0
1

TIADA angin tiada ribut muncul kisah gempar mengenai perpisahan pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki dengan isterinya, Maria Christina Orow Abdullah.

Perkara itu diberitahu Maria Christina menerusi hantaran di Instagram yang memaklumkan perkahwinan yang  dibina sejak 25 tahun lalu berkahir pada April lalu.

“Sebaik pandemik melanda, kehidupan kami mula berubah. Kami cuba untuk menyelesaikan situasi itu pada tahun ini tetapi berlaku sebaliknya kerana tiada lagi persefahaman.

“Namun begitu, kami masih bergelar ibu bapa kepada anak-anak dan memberi sokongan serta kasih sayang sebagai sebuah keluarga,” tulisnya.

Maria Christina berkata, perpisahan bukan bermaksud sebuah pengakhiran, tetapi tetap saling berhubung antara satu sama lain apatah lagi Afdlin pernah menjadi insan bermakna dalam hidupnya.

 “Kami harap rakan-rakan dan ahli keluarga tidak bersedih dan khalayak menerima berita ini sebagai satu perkara yang biasa dilalui segelintir pasangan,” ujarnya.

Sementara itu, dia turut meminta agar privasi ahli keluarga dan anak-anaknya dapat dihormati selain sempat mendoakan orang ramai dalam keadaan bahagia. 

Afdlin dan Maria Christina mendirikan rumah tangga pada 1997 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mia Sara, Anais dan Ileana Matin. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here