6 ahli keluarga Zalina sudah dipanggil bantu siasatan

0
2

POLIS sudah memanggil enam ahli keluarga Zalina Azman untuk membantu siasatan selepas laporan kehilangan personaliti TV3 itu dibuat pada November tahun lalu.

Selain itu, polis juga sedang mengesan pekerja-pekerja kontraktor yang melakukan pengubahsuaian rumah Zalina di Seksyen 3 Shah sebaik wanita itu membeli rumah tersebut sekitar 2018 hingga 2019.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Mohd Iqbal Ibrahim, berkata sehingga kini pihaknya sudah memanggil enam ahli keluarga Zalina selepas laporan kehilangannya dibuat pada November tahun lalu.

“Ya, sudah dipanggil (anak, adik beradik, bekas suami). Polis masih menjalankan siasatan dan kini sedang mengesan pekerja tersebut,” katanya.

Terdahulu, berita kehilangan Zalina heboh apabila Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam berkongsi berita dan gambar wanita itu di Facebook pada Isnin lalu.

Sementara itu, media melaporakan, Ahli Dewan Negara, Datuk Ras Adiba Mohd Radzi tidak menjangka kehilangan bekas pengacara rancangan ‘Money Matters’ itu mempunyai kaitan dengan jenayah.

Malah malam tadi, Ras Adiba meneruskan misi pencarian yang masuk malam ketiga untuk menjejak temannya itu.

Ras Adiba memilih meninjau persekitaran Jalan Liku yang juga lokasi ibu pejabat Media Prima Berhad (MBP), atas andaian Zalina yang dilaporkan hilang sejak November tahun lalu, mungkin datang ke tempat yang memberi makna dalam hidupnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here