Dua lagi suspek kes bunuh Jalan Tun H S Lee ditahan

0
1

DUA lagi individu yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan seorang lelaki warga asing di Jalan Tun H S Lee, Kuala Lumpur, kelmarin ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata berkata, kedua-dua suspek warga asing yang berumur 40 tahun dan 46 tahun kini direman selama selama tujuh hari bermula hari ini di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk membantu siasatan polis.

Katanya, setakat ini secara keseluruhan, seramai tiga lelaki bukan warganegara telah ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati.

“Motif dan punca kejadian pembunuhan mangsa masih dalam siasatan pihak polis dan dengan tangkapan dua suspek terkini termasuk suspek utamanya diharap dapat menimbulkan motif kejadian bunuh ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Dellhan turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-26002222 atau hotline polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

Kelmarin, media melaporkan seorang lelaki warga asing ditemui mati, manakala dua yang lain parah dipercayai terbabit pergaduhan di Jalan Tun H S Lee.

Ketiga-tiga mangsa berusia antara 30 hingga 40 tahun ditemui dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri oleh anggota polis sebaik menerima laporan kejadian pada jam 2.26 petang. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here