PM sampaikan hasrat, aspirasi kerajaan kepada 4 Duta Besar Malaysia

0
1
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan hasrat dan aspirasi Kerajaan kepada empat Duta Besar Malaysia yang menerima watikah pelantikan baru-baru ini.

Hasrat dan aspirasi itu disampaikan oleh Ismail Sabri ketika menerima kunjungan hormat daripada empat Duta Besar Malaysia berkenaan di Putrajaya, hari ini.

“Dalam pertemuan ini, saya telah menyampaikan hasrat dan aspirasi Kerajaan kepada duta-duta ini apabila menjalankan tugas di negara penempatan masing-masing kelak.

“Ini termasuklah usaha mempertingkatkan kerjasama dua hala sedia ada dan meneroka peluang pelaburan serta bidang kerjasama baharu yang menguntungkan negara,” katanya menerusi Facebook.

Mereka ialah Duta Besar Malaysia ke Jepun, Shahril Effendi Abd Ghany, Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah, Duta Besar Malaysia ke Korea Selatan, Datuk Lim Juay Jin dan Duta Besar Malaysia ke Iran, Khairi Omar

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka dan sentiasalah memelihara serta memartabatkan nama Malaysia di persada antarabangsa. Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here