Tampar, ugut rakan sejenis kerana enggan lakukan amang seksual

0
1

SEORANG pelajar lelaki Tingkatan Satu ditahan selepas mencederakan rakan lelakinya berusia 11 tahun, selain mengugut mangsa dengan pisau kerana tidak menuruti kemahuan untuk melakukan amang seksual.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang kelmarin di sebuah taman perumahan di Gurun, mangsa mengalami lebam di pipi kanan akibat ditampar dan dipukul.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata suspek sebelum itu membawa mangsa menaiki Perodua Kancil yang dipandunya ke sebuah kedai di taman perumahan tersebut.

“Semasa dalam kereta, mangsa diarah membuka seluar suspek dan menghisap kemaluannya tetapi mangsa enggan menyebabkan dia ditampar dan dipukul.

“Suspek kemudian membawa mangsa ke rumahnya dan mengarahkan.sekali lagi menghisap kemaluannya namun enggan diikuti,” katanya memetik laporan Utusan Malaysia hari ini.

Menurut Zaidy, suspek kini direman empat hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTKK) 2017 serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here