Jangan buang masa polis, kata pengamal undang-undang kepada Rafizi

0
1

SEORANG pengamal undang-undang jenayah mengingatkan orang ramai khususnya penyokong Pakatan Harapan (PH) agar jangan membuat laporan polis tanpa sebab yang kukuh.

Ia susulan lebih 100 laporan polis dibuat di seluruh negara oleh pemimpin dan ahli PKR atas arahan Timbalan Presiden parti itu, Rafizi Ramli terhadap Datuk Seri Najib Razak, berhubung isu tuntutan Sulu ke atas Sabah.

Menurut Dr Shamsher Singh Thind, tindakan tersebut hanya membuang masa dan tenaga anggota dan pegawai polis apatah lagi ketika ini hampir dua hingga tiga jam diperlukan untuk membuat satu laporan di balai polis.

“Nak berpolitik silakan tetapi jangan sampai menyusahkan orang lain, terutamanya mangsa kesalahan jenayah, yang perlu membuat laporan dengan segera.

“Dan jangan sesekali lupa, membuat laporan palsu adalah kesalahan jenayah di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

“Di Melaka, seorang remaja perempuan didenda RM1,000 oleh mahkamah kerana membuat laporan palsu bahawa kad pengenalannya telah diragut, sedangkan tercicir, untuk mengelak membayar penalti bagi mendapatkan kad gantian,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Beliau turut menyindir adakah dengan beramai-ramai membuat laporan polis akan rakyat menjana pendapatan.

“Program ini semestinya akan membantu rakyat menjana pendapatan yang lebih tinggi dan dalam masa yang sama membantu orang ramai keluar daripada belenggu kemiskinan.

“Sama seperti program-program Rafizi sebelum ini, antaranya program penurunan harga kereta, program boikot Petron dan program hapuskan hutang PTPTN,” sindirnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here