Lelaki positif dadah hina Islam direman empat hari

0
1

SEORANG lelaki yang ditahan semalam kerana didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW melalui klip video yang tular di media sosial, kini direman selama empat hari.

Perintah tahanan reman ke atas suspek yang berusia 35 tahun itu dikeluarkan majistret Amal Razim Alias di Kuala Krai, Kelantan, lapor MalaysiaGazette.

Lelaki terbabit ditahan reman bermula hari ini sehingga Jumaat untuk membantu siasatan polis.

Suspek kini disiasat polis mengikut Seksyen 298 dan 505 (b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Semalam, media melaporkan seorang lelaki positif dadah didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW melalui klip video yang tular di media sosial berjaya diberkas polis.

Lelaki berusia 35 tahun ditahan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang ketika melakukan serbuan di Kampung Bagan Chekok, Pulai Chondong, Machang, pada jam 11.30 pagi.

Menerusi satu klip video berdurasi empat minit 13 saat itu, memaparkan seorang lelaki bertindak biadap dengan menghina agama Islam serta mencabar orang Islam supaya mencari dan berhadapan dengannya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here