KeTSa ketuai siasatan kejadian banjir di Baling

0
2
takiyuddin

KEMENTERIAN Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) diarahkan mengetuai siasatan berhubung kejadian banjir di Baling, awal bulan ini.

Menterinya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, memaklumkan perkara itu pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 bagi bacaan kali kedua, di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata, Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengarahkan KeTSA mengetuai agensi lain dalam siasatan kejadian banjir berkenaan dan pihaknya memberi jaminan akan mengumumkan berhubung punca kejadian dalam kadar segera.

“Saya baharu terima arahan daripada JPM melalui Pejabat Ketua Setiausaha Negara (KSN) bahawa KeTSa diarahkan untuk mengetuai agensi bagi menjalankan siasatan isu banjir dan kepala air di Baling.

“Di bawah KeTSA ada banyak jabatan iaitu Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM); Jabatan Mineral dan Geosains (JMG); Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

“Ia akan dipengerusikan KSN (Tan Sri Mohd Zuki Ali) sendiri tetapi KeTSA akan mengetuai agensi itu,” katanya.

Menurutnya, kerajaan juga tidak mempunyai halangan untuk membentangkan kertas putih di Parlimen berhubung kejadian banjir itu sekiranya hasil siasatan mendapati wujudnya keperluan berkenaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here