MPK gempur kediaman warga asing dijadikan premis jual arak

0
1

PENGUATKUASA Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengempur beberapa premis kediaman di Meru yang diubah suai oleh warga asing untuk dijadikan premis perniagaan termasuk kedai runcit dan juga penjualan minuman keras, kelmarin.

Operasi bermula jam 8 malam itu dijalankan di kawasan Jalan Abadi, Taman Daya, Jalan Sesenduk dan Jalan Teratai.

Timbalan Pengarah Penguatkuasa MPK Shahrul Hazri Abd Majid, berkata bertindak atas maklumat orang awam, sepasukan anggota Penguatkuasa MPK telah menemukan aktiviti penjualan minuman keras disebalik rumah kediaman yang dijadikan kedai runcit.

“Hasil pemeriksaan terhadap 11 buah premis kediaman yang diubahsuai menjadi premis perniagaan mendapati kesemua aktiviti perniagaan tidak mempunyai lesen perniagaan.

“Pihak pasukan menyita barang – barang perniagaan yang bernilai dianggarkan puluhan ribu ringgit menyebabkan aktiviti perniagaan warga asing ini lumpuh,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Shahrul Hazri, operasi berkenaan merupakan serbuan kali ke tiga tahun ini di lokasi yang sama, malah Jabatan Bangunan MPK turut melakukan operasi perobohan premis terbabit.

Beliau berharap agar warga tempatan dan pihak majlis dapat bekerjasama dan menjadi mata mata MPK dalam mengekang aktiviti seperti ini dimasa depan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here